Salam semua...saje sambil minum petang terfikir saya mana nk cari duit tambahan untuk menampung ekonomi sendiri dalam keadaan Malaysia yang dikatakan aman damai oleh puak2 UMNO nih.Sambil mengalamun dan sambil otak berpusing2 mencari idea, terselit mengenai masa lampau tentang kerakusan mencari duit tambahan hingga menjerumus diri sendiri ke kancah utang.
Di sini saya ada terfikir dan melalui pengalaman sendiri tentang jenis-jenis penipuan alaf baru yang sungguh licik dan hampir tidak terfikir oleh kita sehinggalah terkena batang hidung kita sendiri:
1) Skim MLM:
Skim ini tidak ada satu pon yang betul2 berjaya.semua skim MLM hanya menguntungkan orang atas atau kaum2 primeir dan menyebabkan org2 bawahan atau downline mati tertingkup.
contoh yg paling ketara ialah stromberg,hi-o,buluhmas dll.
2)Jurutaip sambilan dirumah:
ini pon satu lagi bentuk penipuan yang ramai telah tertipu.dengan meminta bayaran rm30,rm50,rm150 dsb anda boleh menjana pendapatan 4 angka sebulan. bila kita dah bg deposit mereka terus senyap je.bayangkan seorang bayar rm50, kalau 50 orang dah rm2500 buta je diorang dapat.
3)pemenang kad maestro,sim kad bertuah dsb:
Anda akan dapat satu email mengatakan anda ialah pemenang bertuah kad maestro dengan jumlah hadiah yang amat lumayan kadang2 boleh mencecah jutaan ringgit.Siapa yang tak teruja.tp dengan syarat anda kena bayar duit caj penghantaran oleh syarikat penghantaran dalam jumlah ratusan ringgit sahaja sebelum diorang dapat mnghantar kad tersebut untuk anda keluarkan jumlah duit yang dimenangi td di mana2 bank yang ada tertera lambang maestro. org tanpa berfikir panjang apalah sangat dengan beberapa ratus ringgit sahaja akan dapat pulangan jutaan ringgit pon akan tertipu akhirnya.
4)SMS pemenang peraduan shell,petronas dsb:
Anda akan menerima satu sms mengatakan anda adalah pemenang peraduan shell yang diiklankan dalam tv tu dalam jumlah rm15000.mereka menyuruh kita menghubungi pihak mereka untuk keterangan lanjut.bila kita hubungi mereja mintak no ic dan no akaun kita dan menyuruh kita pergi ke mesin atm dalam masa setengah jam untuk keluarkan duit yang dimenangi td. bila sampai ke mesin atm, mereka menyuruh kita menghubungi mereka semula untuk mendapatkan cara2 mengaktifkan duit tersebut.Di situ mereka akan bagi arahan dan kita hanya perlu ikut je arahan mereka.rupa2nya arahan tu mereka suruh kita transfer duit kita ke akaun mereka.buta2 je kena.
5)Pembelian barangan yang kita nk jual dalam internet:
Contohnya kita nk jual kereta kita berharga rm50000 dalam mudah.my. Mereka akan menghantar sms dan email mengatakan mereka dari UK dan berminat nk membeli kereta kita di Malaysia dan mereka akan membayar semua kos tukar hak milik dan kos shipping kereta dengan meminta no akaun kita untuk masukkan duit.Kita pon seronok sebab mereka tak mintak kurang langsung harga kereta kita tu.bila kita balas email dan bersetuju,mereka akan menghantar email mengatakan mereka dah transfer duit rm50000+BPS600 kedalam akaun kita dan kita akan dapat email dari syarikat pengangkutan meminta kita bg alamat dan masa untuk mereka nk datang amek kereta kita.TETAPI....kita perlu membayar 60% daripada kos penghantaran tersebut kepada mereka dahulu kerana mereka mengatakan buyer telah masukkan duit ke dalam akaun kita dan kita akan dapat balik duit tu bila duit tersebut telah direleasekan oleh pihak bank.Tanpa berfikir panjang,kita pon buat le bayaran 60% daripada BPS600 tu.Maka tertipu la kita sekali lagi...
6)Pembaca bertuah rider digest
Anda akan menerima satu surat yang mengandungi nama anda sebagai pemenang bertuah pembaca rider digest.dlm surat tu siap bg kunci kereta dan contoh2 cek yang akan kita dapat bernilai ratusan ribu ringgit.Untuk melayakkan anda disenarai pendekkan sebagai top 3 finalist,anda perlu membuat langganan buku mereka selama 1 tahun.org yang tanpa berfikir panjang akan tick borang langganan dan hantar kepada mereka.kena tipu lagi.....
Search This Blog
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, March 20, 2011
GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN AREA ALOR SETAR







Menerima tempahan gubahan hantaran perkahwinan:
- Mengikut citarasa bakal pengantin
- Beli barang2 gubahan sendiri atau kami sediakan untuk bakal pengantin
- Upah yang sangat berpatutan dan termurah di pasaran
Jangan lepaskan peluang ini..!!
Tel : 0195936585 (Yatie)
Subscribe to:
Comments (Atom)